Posts

Showing posts with the label The Ice Queen

The Ice Queen

(PART 1) “Abang Rizal!!” Rianna Aliya terbangun dari tidur. Sejenak matanya memerhati bilik tidurnya kemudian melepaskan keluhan kecil. Aku mimpi rupanya, desis hati kecilnya. Rianna Aliya meraup wajah. Gadis itu kemudiannya bersandar pada kepala katil dan duduk memeluk lutut. Dahinya yang berpeluh dikesat dengan belakang tangan. “Tak Rian, itu bukan mimpi. Itu memori,” bisiknya sendiri.             Tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja tepi katil. Matanya meneliti wajah-wajah yang tersenyum riang dalam gambar. Ada dia, ibu, ayah dan Abang Rizal. Gambar itu diambil ketika umurnya tujuh tahun. Siapa sangka, itulah gambar terakhir yang dapat dirakam sebagai satu keluarga lengkap? Rianna memejamkan matanya, mengimbas memori silam. ########################################################### (10 tahun lalu) “Abang Rizal, jom main bunga api dekat ‘pondok’ sana. Ada Mat, ada Ali. Lili ...

The Ice Queen

(PART 2) Afiq Luqman memerhati gadis yang tumpang berteduh di perhentian bas itu. Mata gadis itu merenung kosong jalanraya yang sibuk itu. Sekali-sekala terdengar keluhan kecil dilepaskan dari bibir comel itu. Sekilas dia ternampak senyum tawar terukir. Entah apalah yang difikirkan. Afiq Luqman mengerling sekilas jam di tangan sebelum mengalih pandangannya pada basikal di sisi dan baju hujan di tangan. Mindanya ligat merencana sesuatu sebelum kakinya dibawa melangkah menuju gadis itu. “Hari makin gelap. Hujan masih lebat. Lebih baik kau balik rumah sekarang. Kau tu perempuan,” ujarnya sambil menghulurkan baju hujan di tangan. Bibirnya mengukir senyum nipis sebaik sahaja baju hujan itu bertukar tangan. Afiq Luqman kemudiannya berlalu pergi meredah hujan dengan senyum yang berbunga. Namun senyuman itu pudar apabila minda mengimbas wajah gadis itu ketika dia menyorongkan basikal miliknya di hadapan gadis itu. “Mata dia basah. Kenapa?” ######################...

The Ice Queen

(PART 3) Rianna Aliya duduk bersila diapit kiri dan kanan oleh sahabat paling setia, Lili dan Umairah. Wajahnya pucat berpeluh, namun dalam gelap malam ini tak ada siapa yang sedar akan hal itu. Tangannya menggenggam kuat tangan Lili dan Umairah, meminjam kekuatan. Matanya terpaku pada unggun api di tengah-tengah bulatan. Imaginasinya semakin liar membayangkan api yang sedang menyala itu semakin marak dan akhirnya… argh! Dia memejamkan mata. Tangannya semakin kuat menggenggam.               Umairah sedar akan hal itu. Cepat-cepat dia bertanya. “Rian, kau okey? Kalau kau nak kita boleh minta excuse dengan Puan Maria.”            Gadis itu menggeleng kepala. “Tak apa. Aku okey,” jawabnya perlahan. Dia tidak mahu kerana traumanya, dua sahabatnya itu tidak dapat menikmati acara malam itu. Ini pun dia sudah duduk paling jauh daripada kumpulan. Lili dan Umairah tidak merungut. Jad...

The Ice Queen

(BEHIND THE STORY) Yeayy akhirnya aku berjaya tamatkan The Ice Queen. Honestly, inilah cerita yang paling cepat aku siapkan kehkehkeh. I'm kinda worried 'bout the quality tapi rasanya aku dah cuba habis baik dah. Untuk dialog pulak, hmm aku cuba supaya tak pasar sangat bahasa tu, tapi dalam masa yang sama macam skema je rasa hahaha 😂 Pulak tu, kalini panjang sikit daripada cerpen sebelum ni. Tak sangka aku mampu gak habiskan pheww 😌 Tapi tu semua sebab aku terima moral support daripada member2 bila aku mula2 bagitau aku buat blog haritu. Serius, aku terharu gila masa tu. Rasanya kalau takde yang support mungkin lambat lagi siap. Dan kerana sokongan itulah juga aku bersemangat post part 1 pagi tu jugak. Dan aku sanggup stay up malam siapkan sampai habis. Dan aku berjaya siapkan tepat pada pukul 2:06 am dua hari lalu which is 23/2/2017. Sempat jugakla bunuh 3 ekor lipas yg berani2 menunjukkan diri en.  Anyway, memang aku berterima kasih gila ah kat korang yang eager na...