The Ice Queen

(BEHIND THE STORY)

Yeayy akhirnya aku berjaya tamatkan The Ice Queen. Honestly, inilah cerita yang paling cepat aku siapkan kehkehkeh. I'm kinda worried 'bout the quality tapi rasanya aku dah cuba habis baik dah. Untuk dialog pulak, hmm aku cuba supaya tak pasar sangat bahasa tu, tapi dalam masa yang sama macam skema je rasa hahaha 😂 Pulak tu, kalini panjang sikit daripada cerpen sebelum ni. Tak sangka aku mampu gak habiskan pheww 😌 Tapi tu semua sebab aku terima moral support daripada member2 bila aku mula2 bagitau aku buat blog haritu. Serius, aku terharu gila masa tu. Rasanya kalau takde yang support mungkin lambat lagi siap. Dan kerana sokongan itulah juga aku bersemangat post part 1 pagi tu jugak. Dan aku sanggup stay up malam siapkan sampai habis. Dan aku berjaya siapkan tepat pada pukul 2:06 am dua hari lalu which is 23/2/2017. Sempat jugakla bunuh 3 ekor lipas yg berani2 menunjukkan diri en. 

Anyway, memang aku berterima kasih gila ah kat korang yang eager nak baca cerita aku 😊 Memang terharu gila dengan sokongan korang sobsss. Hmm apa lagi eh? Ha soal idea pulak hmm entahla mana aku dapat idea nak buat cerita trauma macam tu. Dan sebenarnya aku tak tahu sangat pun pasal trauma tu semua. Idea tu macam datang tetibala macam tu. Part paling susah tu bila nak create kejadian kebakaran tu. Banyak kali edit. Tapi tu pun tak berapa memuaskan hati aku sangat, tapi takpelah. At least yang tu yang paling elok berbanding sebelum aku edit. Pastu sebenarnya nak buat kebakaran kat akademi pastu konon2 Afiq Luqman datang menyelamatla. Tapi aku tak boleh nak fikir bagi logik hahahaha. Tapi aku seronok je tulis part camping tu ehehehe. Dan watak Mat, Ali, Lili dan Umairah tu aku cuba gakla bagi penglibatan, bagi nampak penting karakter tu. Dan dorang punya personaliti pun tak disengajakan. Mat, ada aura ketua antara mereka berempat (aura jelah sebab tak bestla en dalam kawan2 ada yg ketua) tapi pada masa yang sama dia nakal. Ali dan Lili tak besar sangat peranan dorang tapi penting jugak dalam hidup Rianna. Dan Umairah pulak kenal Rianna sejak lahir hahaha. Dan nama2 tu semua aku malas nak fikir panjang bagi nama susah2.

Dah dah cukup. Aku sebenarnya tengah fikir nak buat epilog ke tak dengan cerita ni tapi entah. Tengoklah macam mana. Rasanya cukup kut takat ni je di sebalik tabir lol. Habis dah semua yang aku nak cakap sepanjang menulis cerita ni ehehehehe. Till we meet again, bye!!👋👋

Comments

Popular posts from this blog

Bulanku

Selagi Ada Cinta

Perahu Kertas Dafi.