Biar Aku yang Berkorban
(PART 1) Ricky merenung sekeping gambar di tangannya. Gambar seorang perempuan. Cantik, hatinya berbisik sendiri. Matanya kemudian dialih memandang lelaki di hadapannya. Kenapa agaknya lelaki ini sanggup mengupah untuk membunuh gadis cantik ini? Ricky kemudiannya tersenyum sinis. Lelaki di depannya ini sebenarnya tidak sanggup untuk membunuh, sebab tu aku yang dipanggil. Dasar pengecut. Hatinya terus berkata-kata. “Bila kau nak aku siapkan?” tanpa nada Ricky bertanya. “Secepat yang mungkin. Soal bayaran, kau tak perlu risau. Kau akan dapat sebaik sahaja tugasan kau selesai. Kalau kau tak sanggup, hubungi aku segera. Aku akan cari pengganti." “Siapa nama dia? Aku perlu tahu untuk kesan kedudukan dia memandangkan kau sendiri dah kehilangan jejaknya.” “Selena de Casper.” ########################################################### Ricky berjalan melewati deretan kedai-kedai menuju ke rumahnya. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kana...