Biar Aku yang Berkorban

(BEHIND THE SCENE)

Hai hai hai... So dah habis baca Biar Aku yang Berkorban? Geez tajuk cheesy gila hahaha😃 Cerita tu aku tulis masa aku form 3. So kalau childish sangat mohon ampunkan patik. Sebenarnya idea tu bukan idea aku 100% asli. Aku dapat ilham masa tengok music video MBLAQ It's War. Masa form 3 tu memang tengah minat gila dengan MBLAQ lol. Pastu memang tengah ada keinginan membuak-buak untuk menulis. So mula-mula macam nak try je dulu. Terjemahkan balik music video tu dalam bentuk penulisan, konon nak tengok skill. Cuma aku dah modified sikit watak utama konon-konon ada power. Dan sebenarnya nama puak Zemora tu baru diberi masa aku taip balik cerita tu iaitu pada tahun 2017 ni lah. Selama ni aku namakan puak Y je kehkehkeh. Dan nama Zemora tu pulak aku dapat dari ikan remora hahahahaha😂😂😂 Tak tahulah kenapa ikan remora jugak yang menarik perhatian.

Cuma sekarang bila tengok balik hasil tulisan tu rasa macam alahai sayangnya simpan jadi jeruk je. Dulu tulis atas kertas kajang je. Dan paling sadis, ni je cerita yang aku siap lengap sampai penamat. Yang lain semua tersadai berhenti tengah jalan sebab takde idea cemana nak habiskan. Meleret-leret. Tu yang rasa timbul balik keinginan menulis tu. Anyway, harapnya takdelah isu plagiat ke apa sebab aku dah kata memang aku tulis ni sekadar nak tengok, nak test skill je. Nak pulak memang minat MBLAQ en. Anggaplah macam karya seorang peminat? Tak ke? Part yang aku rasa cringy gila yang aku nak tulis pun tak sanggup sebenarnya part Ricky suka kat Selena pastu Mark pun suka kat Selena. Part tu aku macam euwww sikit tapi kena tulis jugakla kan. Skrip asal lagi cringy tau tak. 

Anyway, dah habis baca tu feel free to comment sebab yelah aku perlukan komen untuk improve. Dan aku sangat berterima kasih kalau-kalau ada yang baca sampai habis (terharu wei). Aku akan terus menulis pastu post kat sini. Takde orang baca pun takpe, janji aku puas hati hehehe. Sekarang ni pun tengah on the way siapkan satu cerpen lagi, tapi takde tajuklah. Biar Aku yang Berkorban ni pun tahun ni baru ada tajuk. Sebelum ni terbiar takde tajuk, macam kes nama puak Zemora tulah. Bab-bab tajuk ni memang lemah sikitla..😧 
And till we meet again, bye!!

Comments

Popular posts from this blog

Bulanku

Selagi Ada Cinta

Perahu Kertas Dafi.