Posts

Showing posts with the label Qalesya

Qalesya

(PART 1) “Siapa dapat nombor satu kali ini?” Bola mata dibawa bergilir-gilir memandang dua anak gadis di hadapannya. Nurul Qalesya dan Hana Alisa. Kedua-duanya anak yang disayang. Sama rata kasih yang ditumpahkan. Tiada istilah pilih kasih dalam keluarga itu. Meski Qalesya bukanlah anak kandungnya, namun dia tetap membelai anak itu sama seperti dia membelai anak sendiri. “Kali ini Ana kalah dengan Sya. Tak apa, lain kali giliran Ana pula dapat nombor satu.” Hana Alisa menjelir lidah pada gadis di sebelahnya. Gadis itu hanya menjongket bahu melihat telatah ‘kembarnya’ itu. “Anak ibu dua-dua pandai. Sudah, pergi mandi kemudian solat. Selesai solat baru turun makan,” ujar Puan Aisyah lembut sambil tangannya mengusap kepala dua anak gadis itu. Mata kemudiannya mengekori dua susuk tubuh yang erat menyilangkan tangan dalam melangkah menuju ke bilik. Nurul Qalesya. Gadis itu seorang yang ceria. Cuma kalau dibandingkan dengan Hana Alisa, dia lebih pendia...

Qalesya

(PART 2) Dua hari telah berlalu sejak Qalesya dan Hana diberitahu tentang kemasukan Fariz ke Kepler High.  Dan hari ini, Fariz memulakan hari pertamanya di sekolah dengan wajah suci yang ditayang. Lebih malang lagi bila Fariz dimasukkan ke kelas gadis berdua itu kerana tiada kekosongan di kelas lain. Hana tidak dapat menahan rasa menyampahnya terhadap lelaki itu ketika dia memperkenalkan diri. Gadis itu mencebik lalu membuang pandang ke luar kelas. Hati rasa berbulu melihat wajah suci yang ditayang lelaki itu. Qalesya pula sibuk membelek-belek hartanya. Buku, pen, botol air, habis semua dibeleknya demi mengelakkan mata daripada memandang wajah yang cukup menjengkelkan itu. Namun sempat juga dia menangkap senyum sinis yang tiga saat yang diukir lelaki itu sebelum kembali menampal senyum plastik. Qalesya mengeluh dalam hati. Hidup mereka berdua memang tidak akan aman selagi Fariz masih bersekolah di situ. ************************ Sudah sebulan Fariz menjalani ru...

Qalesya

(PART 3) Fariz menggengam telefon bimbit di tangan sambil mengetap bibir. Masuk kali ini sudah kali ke-20 dia menerima panggilan meminta penghantaran pizza percuma. Belum lagi dikira jumlah panggilan yang diterimanya semalam. Matanya merenung tajam nombor telefon miliknya yang terpapar dalam iklan pizza percuma itu. Wajahnya merah menahan marah manakala sebelah tangannya menggengam penumbuk. Entah siapalah yang memandai-mandai meletakkan nombor telefonnya dalam iklan tersebut. Di balik pintu kelas, Hana dan Qalesya sedang menekup mulut menahan tawa. Seronok melihat riak wajah Fariz. Apatah lagi lelaki itu tidak dapat meneka dalang di sebalik iklan tersebut. Hana puas hati kerana dapat mempermainkan musuhnya itu. Setelah lelaki itu memandai-mandai menyebarkan kisah Qalesya, jangan harap dia akan duduk diam. Dia akan membela Qalesya. Nak harapkan Qalesya sendiri balas dendam? Memang bermaharajalelah si Udang itu. ************************ Pagi ini Fariz masuk ke kelas den...