Qalesya

(PART 3)

Fariz menggengam telefon bimbit di tangan sambil mengetap bibir. Masuk kali ini sudah kali ke-20 dia menerima panggilan meminta penghantaran pizza percuma. Belum lagi dikira jumlah panggilan yang diterimanya semalam. Matanya merenung tajam nombor telefon miliknya yang terpapar dalam iklan pizza percuma itu. Wajahnya merah menahan marah manakala sebelah tangannya menggengam penumbuk. Entah siapalah yang memandai-mandai meletakkan nombor telefonnya dalam iklan tersebut.

Di balik pintu kelas, Hana dan Qalesya sedang menekup mulut menahan tawa. Seronok melihat riak wajah Fariz. Apatah lagi lelaki itu tidak dapat meneka dalang di sebalik iklan tersebut. Hana puas hati kerana dapat mempermainkan musuhnya itu. Setelah lelaki itu memandai-mandai menyebarkan kisah Qalesya, jangan harap dia akan duduk diam. Dia akan membela Qalesya. Nak harapkan Qalesya sendiri balas dendam? Memang bermaharajalelah si Udang itu.

************************

Pagi ini Fariz masuk ke kelas dengan wajah yang ceria. Sejak semalam dia tidak lagi menerima panggilan palsu pizza percuma. Tentulah dia senang hati. Namun senyumannya pudar apabila melihat mejanya yang berconteng.

‘Get lost!’
‘A bully doesn't belong here.’
Kepler is no place for a criminal.’
‘Doing a good job in hiding your record huh?’

Sekeping salinan keratan akhbar yang diletak di atas mejanya dicapai. Darah terasa berderau ke muka sebaik sahaja keratan itu menyapa pandangannya. Patutlah dari tadi rakan sekelas memandangnya tajam apabila dia masuk ke kelas. Ada yang berbisik-bisik. Semuanya kerana keratan akhbar yang difotostat dan disebar ke seluruh kelas. Tiga tahun yang lalu, dia pernah terlibat dalam kes buli seorang pelajar. Kegiatannya terbongkar apabila mangsa bulinya menjadi gila akibat tertekan dibuli. Dan akibatnya, dia terpaksa melarikan diri dengan pindah jauh dari tempat itu.

Disebabkan ayahnya seorang yang berpengaruh, maka dia terselamat daripada sebarang hukuman walaupun dia sepatutnya dibuang sekolah dan dihantar ke sekolah juvana. Namun pihak media dapat juga membuat liputan tentang kes itu. Walaupun keratan itu tidak menyatakan nama dan gambarnya secara jelas, namun petunjuk yang disertakan sudah cukup untuk melakukan tekaan terutama bagi mereka yang mengenalinya.

 Dengan imej pelajar Kepler yang sepatutnya sempurna serba-serbi, kesalahan Fariz cukup besar. Sebarang kecacatan dalam rekod tidak mampu diterima warga Kepler High apatah lagi terlibat dengan jenayah. Sebab itulah tiada tolak ansur apabila kisah Qalesya tersebar. Dan kini, Fariz turut merasakannya.

 Fariz sakit hati. Kali ini, dia tahu siapa dalangnya. Hanya dua orang makhluk sahaja yang tahu tentang sejarahnya. Qalesya dan Hana. Lelaki itu bangun dari duduknya lalu menuju ke arah dua gadis itu. Qalesya dan Hana menayang wajah selamba.

“Semua ni kerja kau berdua, kan?” Soal Fariz.

Lambat-lambat Hana menjawab. “Kau ingat kami ni peminat kau ke nak simpan keratan akhbar tentang kau? I mean, why would we keep such trash?” Sinis nadanya.

“Habis kalau bukan kau berdua, siapa lagi yang sebarkan pasal ni? Siapa lagi yang tahu kalau bukan kau berdua?”

“Ini Kepler High. Sebarang kesilapan tak akan diterima. Sekali kau silap, sampai ke lubang cacing mereka akan gali maklumat pasal kau. Mereka akan buat apa sahaja untuk jatuhkan kau. Macam sekarang. Macam yang dah kau buat pada aku.” Datar Qalesya bersuara. Matanya masih lagi melekat pada buku di tangan. Tidak sekali pun dia memandang wajah Fariz.

Qalesya menutup buku di tangan. Kini dia memandang wajah lelaki itu. Fariz terdiam melihat renungan tajam gadis itu. Ini bukan Qalesya yang biasa. Renungan Qalesya itu tajam dan beku. Cukup menakutkan.

“Dan aku nak kau rasa apa yang aku rasa bila penerimaan orang terhadap kau berubah.” Separa berbisik dia menuturkan sebelum berlalu pergi.

Fariz kaku di tempat dia berdiri. Qalesya yang dia kenal selama ini selalunya hanya diam bila dijerkah. Sekadar membiarkan. Namun kelakuan Qalesya sebentar tadi cukup berbeza. Terasa kedinginan dalam suara gadis itu.

Hana memandang wajah Fariz yang sedang bingung. “Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Sya sekarang. Tapi aku tahu dia tak akan berhenti setakat ini. Sekali dia mula, dia tak akan berhenti. Ingat, kau tak kenal siapa Qalesya. Lebih baik kau bersihkan nama Sya. Tell them it was a lie.” Jeda seketika. “Dan tinggalkan tempat ni.”

************************

“Tinggalkan tempat ni.”

Fariz menekup wajahnya dengan bantal. Kata-kata Hana bermain-main di fikirannya sejak tadi. Mindanya memutarkan semula amaran Qalesya pagi tadi. Ada sesuatu pada gadis berdua itu yang membuatkan dia tidak berani melawan. Dan itu menjatuhkan egonya sebagai seorang lelaki alpha.

Fariz bergolek-golek di atas katilnya. Kepalanya ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri. Dia tak rasa dia masih boleh kekal di Kepler setelah apa yang berlaku. Namun untuk mengalah begitu sahaja, rasanya tak mungkin. Tercalar maruahnya. Dia perlu lakukan sesuatu tapi apa? Fariz melepaskan keluhan kecil. Otaknya kekeringan idea untuk membalas dendam. Namun dia tahu keutamaannya buat masa ini. Dia perlu pindah sekolah secepat yang mungkin.

************************

“Ma, Ariz nak pindah sekolah.”

“Pindah lagi? Kali keberapa dah ni?”

I couldn’t stand the sight of those two girls. This will be the last time, I promise.”

Fariz menggengam penumbuk. Tak mungkin dia mahu beritahu ibunya apa yang berlaku. Mahu ditempelengnya dia kerana membongkar sejarah lama.

************************

Hari ini hari terakhir Fariz di Kepler High. Tiada sesiapa pun yang tahu akan hal itu. Masing-masing meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. Apatah lagi Qalesya dan Hana. Sejak Qalesya dipinggirkan rakan sekelas, mereka sudah tidak peduli akan keadaan sekeliling. Mujurlah tiada yang berani mensabotaj Qalesya selepas peristiwa ‘pendedahan Fariz’. Lagipun Qalesya dan Hana merupakan pelajar top di sekolah itu. Siapa yang berani usik?

Sebaik sahaja guru terakhir keluar kelas, Fariz menuju ke hadapan kelas. Dia memandang rakan-rakan sekelas yang tidak mempedulikannya. Masing-masing sibuk mengemas barang, bersiap-sedia hendak pulang. Fariz berdehem meminta perhatian.

Hey look. Bekas pembuli kita nak cakap sesuatu. Let’s hear him out.” Kata seorang pelajar lelaki di belakang kelas sambil tersenyum sinis.

Fariz mengetap giginya. Dia kemudiannya menarik nafas panjang cuba menahan sabar. Dilihatnya semua ahli kelas sedang memberi perhatian kepadanya. “Hari ni hari terakhir aku di sini. Tapi bukan itu yang penting sekarang.” Dia diam seketika. “It’s about Qalesya.” 

Semua mata mengarah pada Qalesya. Gadis itu selamba sahaja wajahnya. Tiada riak terkejut.

“That she brings bad luck, it was a lie. Aku tipu sebab aku tak suka tengok dia gembira. Dan aku nak kau orang bencikan dia sama macam aku. But I failed, I guess.” Fariz menggigit bibir. ‘Tak guna kau Qalesya, memang betul pun kau bawa malang kan?’ Namun sumpahan Fariz hanya tersimpan di dalam hati. Dia tidak berani meluahkan.

“Kenapa kau bagitau kita orang semua ni? Apa motif kau?”

Yeah, it doesn’t make sense that you suddenly back her up when you hate her.”

 Fariz mendengus kecil apabila dipertikaikan. Dia sudah cukup malu mengaku kalah di hadapan dua musuhnya itu. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Sudahlah dia tidak dapat memikirkan apa-apa rancangan untuk membalas dendam. Menyesal dia tidak pernah mengasah mindanya. Bertambah-tambah rasa terhinanya di hadapan Qalesya dan Hana.

Because I lost the battle.” Datar Fariz bersuara sebelum melangkah menuju ke pintu kelas. Dia berhenti seketika di hadapan meja Qalesya dan Hana yang berada betul-betul di tepi pintu. Hana memandangnya dengan senyum mengejek manakala wajah Qalesya tenang tak beriak. Fariz mendengus sebelum melangkah keluar.

************************
“Ibu dengar Fariz keluar dari Kepler. Ada sesuatu yang berlaku yang ibu tak tahu?” Soal Puan Aisyah ketika mereka tiga beranak sedang makan tengah hari.

Qalesya dan Hana saling berpandangan sebelum melepaskan tawa. Hana tersengih nakal. “Rupa-rupanya anak ibu pandai berlakon.” Kening diangkat sambil memandang Qalesya. “Sya memang layak dapat anugerah pelakon terbaik.”

Puan Aisyah hanya menggeleng dengan senyum tersungging di bibir. Kalau bab Fariz memang sakan anak-anaknya menyakat. Tapi dia lega. Sekurang-kurangnya Qalesya tak perlu lagi ke sekolah yang sama dengan anak saudaranya itu. “Dah makan cepat.”

************************

*Imbas kembali selepas pendedahan Fariz*

“Kenapa aku tak tahu pun yang kau rancang nak dedahkan sejarah Fariz, Sya?” Soal Hana sebaik sahaja dia tiba di bumbung sekolah mengejar Qalesya. “Do you have to step that low? Kenapa kau buat macam tu? Taktik kotor macam ni cuma Fariz yang akan buat tapi bukan kau! Apa dah jadi?”

Mata memandang susuk tubuh Qalesya yang sedang membelakangkannya. “Sebab kau akan marah aku kalau aku bagitahu kau.” Tenang sahaja suara Qalesya.

Hana meraup wajah. Belum sempat dia bersuara Qalesya terlebih dahulu memusingkan badan menghadapnya. Sengih nakal terukir di bibir gadis itu.

“Kau betul-betul ingat aku yang sebarkan pasal Fariz ke? Kau ingat dia tak ada musuh lain?” Soal gadis itu.

Hana mengerut dahi. Sekarang dia keliru dengan perubahan Qalesya. Tadi suaranya tenang dan beku namun kini boleh pula dia tersengih. “Maksud kau?”

Do you think I would go that low? Ana, kau tak kenal aku lagi ke?” Qalesya ketawa. “Aku tak tahu siapa yang sebarkan pasal Fariz. Dan aku tak tahu apa motif dia, mungkin dia nak Fariz keluar. Mungkin. Aku cuma mengambil peluang atas apa yang berlaku. Dah alang-alang dia tuduh kita yang sebarkan. Lagipun, mana ada aku cakap aku yang buat. Aku cuma nak tolong dia sedar yang dia berada di Kepler. Yang realitinya bila kesilapan dia tersebar dia cuma ada dua pilihan. Keluar atau bertahan. Dan dia pilih untuk keluar.”

Qalesya memandang wajah Hana. “Dan aku bersyukur dia tak pilih untuk bertahan. Bertahan macam kita.” Senyum pahit diukir.

Hana terdiam mendengar ayat terakhir saudaranya itu. “Dengan aku-aku sekali kau trick kan? You totally got me.” Dia cuba menceriakan suasana.

Mata Qalesya kembali bersinar. Gadis itu ketawa. “Aku betul-betul tak sangka yang kau akan terkena. Aku tipu je tadi.”

“Kau tahu apa yang aku cakap pada Fariz selepas kau keluar tadi?”

“Apa dia?”

Hana menceritakan gertakannya pada Fariz sebelum ketawa terkekeh-kekeh. Siap dengan gerak tangan sekali. Bab-bab menambah perisa bila bercerita, Hana memang pakar. Qalesya pula memang tukang ketawa.

“Tapi kan, ada satu benda yang aku tak puas hati.” Kata Hana sebaik sahaja tawa reda.

“Apa dia?”

“Sampai hati kau kenakan aku sekali. Aku mati-mati percaya tahu tak?” Hana memukul-mukul gadis di sebelahnya. “Geramnya aku dengan kau, rasa nak cekik je.” Dia berpura-pura hendak mencekik gadis itu.

Qalesya ketawa besar. “Kan aku dah bagitahu ni.” Ujarnya sebelum melarikan diri.

“Hei nak ke mana tu? Kau jangan lari, Sya. Aku tak habis lagi ni.” Hana bingkas bangkit mengejar Qalesya.

Dua gadis itu mula berkejar-kejaran. Bumbung bangunan tersebut kembali dipenuhi dengan gelak ketawa. Setelah penat berkejaran, kedua-duanya terduduk sebelah-menyebelah. Masing-masing melepaskan penat.

“Ana.”

“Hmm?”

“Aku sayang kau tau. Sayang sangat-sangat.”

“Euww gelinya aku dengar.”

Qalesya menolak bahu Hana. Hana cuma ketawa.

“Aku pun sayang sengat budak kecik sebelah aku ni. Aku kan superhero untuk seorang Qalesya?” Hana mengangkat kening double-jerk.

Qalesya cuma tersenyum. Dia tak perlukan ramai orang dalam hidupnya. Cukuplah Hana dan ibunya. Selagi mereka boleh menerima kekurangannya maka dia bahagia.

“Ana”

“Hmm?”

“Pernah tak aku cakap kau ni seorang yang sangat perasan?”

“Banyak kali. And I will always be.


11/12/2017
1:21 a.m Qalesya

Comments

Popular posts from this blog

Bulanku

Selagi Ada Cinta

Perahu Kertas Dafi.