Biar Aku yang Berkorban

(PART 1)

Ricky merenung sekeping gambar di tangannya. Gambar seorang perempuan. Cantik, hatinya berbisik sendiri. Matanya kemudian dialih memandang lelaki di hadapannya. Kenapa agaknya lelaki ini sanggup mengupah untuk membunuh gadis cantik ini? Ricky kemudiannya tersenyum sinis. Lelaki di depannya ini sebenarnya tidak sanggup untuk membunuh, sebab tu aku yang dipanggil. Dasar pengecut. Hatinya terus berkata-kata.

“Bila kau nak aku siapkan?” tanpa nada Ricky bertanya.

“Secepat yang mungkin. Soal bayaran, kau tak perlu risau. Kau akan dapat sebaik sahaja tugasan kau selesai. Kalau kau tak sanggup, hubungi aku segera. Aku akan cari pengganti."

“Siapa nama dia? Aku perlu tahu untuk kesan kedudukan dia memandangkan kau sendiri dah kehilangan jejaknya.”

“Selena de Casper.”

###########################################################

Ricky berjalan melewati deretan kedai-kedai menuju ke rumahnya. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kanannya menggenggam beg plastik yang berisi barangan keperluannya. Langkah kakinya diayun santai menyerahkan lagi ketampanan yang dimiliki.

            Untuk kesekian kalinya, Ricky mengenang sejarah hidupnya. Ayahnya seorang ketua puak Zemora dan segala kuasa yang dimiliki ayahnya diwarisi sebagai satu-satunya pewaris. Ibunya pula dari kalangan puak Zemora yang bertaraf rendah. Sudah lama mati dibunuh kerana mengugut untuk melarikan diri. Ricky dan puaknya bukan manusia normal. Sejak kecil dia dilatih menguasai kuasa yang dimiliki serta menggunakan senjata api yang pelbagai jenis. Sekarang, dia merupakan seorang pembunuh upahan yang licik dan digeruni ahli puaknya.

            Perbualannya dengan Jimmy kembali menerpa minda. Dia sudah dapat mengenal pasti kedudukan gadis itu dan telah mengintip pergerakan gadis untuk beberapa hari. Sekarang dia cuma perlu merancang strategi untuk bertindak. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis. Gadis itu rupa-rupanya lebih cantik berbanding dalam gambar. Tapi sayang, gadis itu bakal menjadi mangsa kekejamannya.

            Lamunannya terhenti apabila kelibat Mark menyapa pandangan. Mark sahajlah satu-satunya rakan manusia yang dia ada. Itupun kerana dia secara tidak sengaja telah menyelamatkan Mark daripada dibunuh musuh ketat ayahnya. Mark yang terhutang budi terus menawarkan diri untuk berkhidmat dengan Ricky. Lelaki itu bukan tidak tahu tentang pekerjaan Ricky, malah dia mengenali setiap anggota puak Zemora itu dan kehadirannya diterima baik memandangkan dia berkawan baik dengan anak ketua mereka.

            Ricky mengambil secawan kopi yang dihulurkan Mark. Hujan-hujan begini memang sesuai dengan secawan kopi panas. Tangannya mencapai kepingan biskut yang diletakkan Mark di atas meja kopi itu. Sekurang-kurangnya Ricky masih mampu menikmati makanan seperti manusia normal.

###########################################################

Selena de Casper berjalan santai di pasar karat, tempat menjual barang-barang lama. Dia cukup menggemari pasar karat kerana dia seolah-olah dapat merasai memori setiap insan yang menjual barang-barang mereka. Selena de Casper leka membelek-belek setiap barang yang menarik minatnya. Mindanya gemar berimaginasi setiap kali dia membelek-belek.

            Tumpuan Selena terganggu apabila telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Melihatkan nama pemanggil, Selena mendengus perlahan sebelum berjalan menuju ke kawasan yang agak tersorok. Dia kemudiannya menjawab panggilan acuh tak acuh.

“Apa lagi Amred? Aku dah kata jangan cari aku lagi. Aku takkan jadi pengikut kaulah!” Riak wajah Selena berubah keruh dan tegang.

“Oh tidak. Kau datang ke tempat yang betul, Selena. Aku baru nak bagi peluang terakhir, terima atau mati.” Amred keluar dari sebalik kotak-kotak lama yang tersusun.

            Selena terkedu apabila figura Amred jelas dilihat. Semudah itukah riwayatnya ditamatkan? Hanya kerana dirinya menolak tawaran untuk menyertai puak aneh itu maka dia perlu dihapuskan? Karut! Manusia mana yang sanggup mengabaikan hidup dan menyertai puak itu? Selena menggelengkan kepalanya perlahan berulang kali. Tangannya menekup mulutnya dan kakinya perlahan berundur selangkah demi selangkah. Lututnya terasa lembik ketika Amred mula menarik picu pistol.

            Mujurlah ketika itu Ricky berada berhampiran kerana mengekori pergerakan Selena. Melihatkan senjata di tangan Amred, dia segera bertindak pantas melarikan Selena. Namun, peluru yang dilepaskan sempat menembusi bahu Selena. Ricky mengambil keputusan untuk membawa Selena pulang ke rumahnya dan merawat gadis itu sehingga sembuh.

            Hari demi hari, Ricky tekun merawat Selena. Namun, Ricky tidak pernah menunjukkan dirinya di hadapan gadis itu. Dia cuma merawat Selena ketika gadis itu sedang tidur. Mark ditugaskan menjaga Selena sementara Ricky tiada di rumah. Tanpa sedar, Selena menyangka bahawa Mark ialah orang yang menyelamatkannya.


            Genap seminggu kehadiran Selena di rumah itu, Ricky memunculkan diri. Dia sedar bahawa kehadirannya menimbulkan pelbagai persoalan kepada Selena, namun dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Selena pula tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya lalu membuka mulut dan melontarkan soalan.

“Ehemm, hei boleh saya tanya sesuatu?” Ricky hanya mengangguk kecil.

“Siapa awak? Awak kenal Mark?” Ringkas sahaja soalannya.

“Aku Ricky. Ini rumah aku. Mark tu kawan serumah.”

Belum sempat Selena bertanya lanjut, Mark yang baru pulang ke rumah menegur Ricky.

“Rick? Kau ke mana seminggu ni? Tak balik-balik. Don’t tell me you went to the flea market and then you go lepak somewhere else?

You sure know me well, huh?” Selamba Ricky membalas.

Wait, you went to the flea market? Do you like that place?” Selena yang tadinya mendiamkan diri menyampuk.

All time favourite.

Gadis itu kemudiannya menjerit keriangan. “Eh, samalah kita! Oh, bolehlah kita berkawan.” Selena membuat isyarat high five.

Friends?

Friends.” Ricky tersenyum sipi ketika membalas high five. Lucu dengan telatah gadis riang itu.

Mark yang melihat sekadar mengukir senyum palsu. Dia mula sakit hati melihat keramahan Selena terhadap Ricky. Sepatutnya Ricky tidak melayan telatah Selena dan mengabaikan kewujudan gadis itu. Dia menyumpah dalam hati.

“Maaf, aku kena pergi,” Ricky kemudiannya keluar tergesa-gesa sambil menyorokkan tangan kirinya di dalam poket baju sejuknya. Mark yang melihat cekap mengesan perubahan Ricky. Wajahnya berubah pucat, sedar akan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

###########################################################

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Bulanku

Selagi Ada Cinta

Perahu Kertas Dafi.