Biar Aku yang Berkorban

(PART 2)

Ricky berjalan pantas menuju ke sebuah bangsal usang. Tangan kirinya yang disorokkan dalam poket baju sejuknya ditarik keluar. Kelihatan cahaya ungu memancar daripada symbol pada tapak tangannya. Setiap ahli puak Zemora sememangnya memiliki symbol pada tapak tangan sebagai tanda ahli. Namun symbol itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kecuali jika ia mengeluarkan cahaya ungu, seperti yang dialami Ricky. Dan satu-satunya sebab cahaya ungu itu bersinar ialah jika pemiliknya telah jatuh cinta kepada manusia.

            Menurut buku rasmi puak Zemora, sekiranya situasi tersebut berlaku, maka individu yang terlibat perlu dihapuskan supaya kewujudan puak itu tidak dapat dikesan manusia. Ricky sendiri tahu tentang hal itu. Namun dia gagal menghalang diri daripada mencintai gadis riang itu. Dia ketawa sinis mengenang nasib diri.

            Akalnya dipaksa berfikir laju memikirkan cara untuk menyelamatkan Selena, Mark dan puaknya sendiri. Dia bimbang jika Mark turut diancam bahaya kerana mencintai Selena. Dia cukup mengerti pandangan mata Mark yang bersinar setiap kali berbicara dengan Selena. Begitu juga dengan gadis itu. Dia cukup tahu, cukup faham. Ricky ketawa hambar.

           Lelaki itu kemudiannya mula mengatur rancangan untuk dua insan yang disayanginya. Namun, bukan semudah itu. Ricky, seorang lelaki yang cukup setia terhadap puaknya. Dia tidak mahu mengkhianat, sebaliknya lebih rela berkorban. Biarlah, fikirnya. Dirinya sudah letih dengan perjalanan hidup yang serba tawar ini. Biar aku yang berkorban, bisik hatinya. Semoga mereka dapat hidup bahagia atas pengorbanan ini, hatinya terus berbisik. 

###########################################################

Ricky pantas mengatur langkah menuju ke rumahnya. Tangan kirinya yang semakin kuat bercahaya kembali dimasukkan ke dalam poket baju. Kakinya semakin laju melangkah, bimbang ayahnya dapat mengesan. Dia pantas menerpa masuk apabila tiba di rumah dan ternampak Mark dan Selena bergurau-senda sedangkan dia bersusah-payah mengatur rancangan untuk menyelamatkan mereka berdua. Bibirnya diketap kuat. ‘Tak apalah, Mark tak tahu pun.’ Dalam diam dia memujuk hatinya sendiri.

“Hai, Ricky. Apa yang bersinar-sinar dalam baju kau tu?” Ramah Selena menegur.

“Ikut aku, kita taka da banyak masa lagi dah,” Tangan kana Ricky mencapai tangan Selena dan memaksanya bangun dari duduknya.

“Eh apa ni? Lepaslah, sakitlah!” Selena meronta-ronta minta dilepaskan.

Namun Ricky tidak peduli. Dia tetap memaksa Selena supaya mengikutinya. Mark yang dari tadi memerhati tidak dapat mendiamkan diri. Dia cuba menghalang, namun Ricky masih tidak peduli dan berkeras memaksa Selena.

            Dush! Satu tumbukan padu hinggap di wajah Ricky. Ketika itu mereka sudah berada di belakang rumah dengan Selena masih dipegang kejap. Gadis itu terkedu melihat Mark menumbuk rakan baiknya sendiri. Cahaya ungu dari dalam baju Ricky semakin kuat memancar. Ricky pula tidak dapat menahan sabar lalu membalas tumbukan di muka.

Stup*d! Aku buat semua ni untuk kau juga. Untuk kau, untuk Selena. Ikut aku dan semuanya akan selamat!”

No, aku dah muak ikut perintah kau. Dah lebih 10 tahun aku jadi hamba kau, dan sekarang aku nak tamatkan semua ni. Aku penat ikut kau dan aku menyesal kenal kau!” Lantang Mark berkata-kata.

            Ricky terkedu sendiri. Mark menyesal mengenali dirinya. Mark tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang kawan, sebaliknya seorang tuan yang perlu dipatuhi. Ricky mengukir senyum pahit. Kau tu raksasa. Mana ada manusia yang sudi berkawan ikhlas dengan pembunuh macam kau. Ricky mengutuk dirinya sendiri. Perlahan dia mengeluarkan tangan kirinya yang disembunyikan dari tadi. Selena yang melihat terkejut. Dia pernah melihat simbol itu pada tangan Amred. Gadis itu menggeleng kepala berulang kali, cuba menafikan apa yang dilihatnya.

            Ricky peka dengan reaksi Selena. Dia tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu. Lelaki itu kemudian mengukir senyum tawar, mengiyakan andaian yang dibuat gadis itu.

 “Ya, Selena. Aku anak Amred dan aku sebenarnya ditugaskan untuk membunuh kau.”

            Mark mula cemas melihat sepucuk pistol di tangan Ricky. Dia mula menyesal kerana menghina lelaki itu, lalu cuba merayu kepada Ricky. “Jangan, Ricky! Aku.. aku minta maaf. Aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap tadi.”

            Melihatkan Mark yang berubah pendirian dalam sekelip mata, dia ketawa sinis. Semuanya dah terlambat. Sinar ungu yang memancar dari tangannya juga kian menyerlah. Picu ditarik kemudian dilepaskan, memuntahkan peluru yang terus laju menuju sasaran. Selena yang dari tadi berselindung di belakang Mark kini berdiri di hadapan lelaki itu supaya dapat melindunginya. Dia memejamkan mata, bersedia untuk ditembusi peluru.

            Satu saat, dua saat, tiga saat… Mark dan Selena membuka mata. Alangkah terkejutnya mereka melihat Ricky yang terbaring dengan berlumuran darah. Rancangan Ricky cukup sempurna. Dia berjaya mengawal peluru itu dengan kuasanya supaya dapat melawan hukum fizik menyebabkan peluru itu membuat pusingan U dan seterusnya tepat menembusi dadanya.

            Mark dan Selena berlari mendapatkan Ricky. Mark sudah tidak mampu menahan air mata. Dia terkilan melihat rakannya yang sanggup berkorban untuknya walaupun dia telah menghina lelaki itu kerana seorang gadis. Ricky yang masih tercungap-cungap bernafas berusaha membuka mulut. Senyum pahit diukir.

“A..air mm..mata tu. Jja jangan bazirkan. Ak.. aku tak layak… un untuk tu. Ting.. tinggalkan aku. Sel… selamatkan diri…” Ricky sempat membeikan sampul yang sudah renyuk dari dalam poketnya kepada Selena sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Mark.

            Tangisan Mark semakin kuat apabila melihat isi kandungan sampul putih itu. Tiga keping tiket kapal terbang. Cukup untuk mereka bertiga melarikan diri ke luar negara. Lelaki itu dihimpit perasaan berdosa mengenangkan kata-kata terakhir yang diemparkan kepada Ricky hanyalah hinaan semata-mata. Namun tiada gunanya lagi. Ricky telah pun selesai melakukan pengorbanannya. Mark mengesat air matanya.

“Rick, kau tunggu aku tau. Aku akan gunakan peluang ni macam yang kau nak. Kau tunggu aku.”


TAMAT

Comments